Mengenai Kami

Pintu Utama Penjara Penor


Kewujudan Dan  Perkembangan Bengkel Tenun Pahang Diraja Penjara Penor
10 Jun 2006 (Idea Penubuhan Dan Permulaan Penubuhan)

Idea penubuhan bengkel tenun Pahang di Penjara Penor merupakan hasrat Dato’ Mustafa bin Osman Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Melalui Pengarah Pemulihan YBhg Dato’ Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adehan telah memilih Penjara Penor untuk menubuhkan bengkel tenun Pahang kerana ingin memartabatkan seni warisan Negeri Pahang di Penjara Penor. Tenun merupakan salah satu cara dan seni terapi diri kepada penghuni dalam proses pemulihan sahsiah diri. Pemilihan lokasi di Penjara Penor adalah bertepatan kerana berdekatan dengan daerah Pekan yang merupakan Perkampungan Budaya di mana Tenun Pahang mula dihasilkan. Perancangan telah dibuat oleh TKP Roslan bin Hj Mohamed, Pengarah Penjara Penor bersama Ketua Unit Vokasional & Industri, Pegawai Pembangunan dan Pegawai Logistik. Pihak pengurusan Penjara Penor telah menghantar 2 orang kakitangan ke Perkampungan Tenun di Pulau Keladi untuk mempelajari proses penghasilan Tenun Pahang selama 3 bulan.



Bengkel Tenun Pahang DiRaja Penjara Penor




Perkembangan Tenun Pahang Diraja
7 Ogos 2006 (Sokongan Dan Permulaan Beroperasi)

Dengan perancangan yang teliti dan sokongan padu daripada badan-badan yang bertanggungjawab seperti Perbadanan Kraftangan Malaysia cawangan Negeri Pahang dan Pengusaha Tenun Pahang di Pulau Keladi, Bengkel Tenun Pahang Penjara Penor telah mula beroperasi secara rasminya dengan lima orang penghuni dan berbekalkan dua unit Mesin Tenun yang juga dikenali sebagai 'Kek'.



Lawatan Tengku Puan Pahang Di awal Pengoperasian Bengkel Tenun Pahang DiRaja


13 November 2007 (Penilaian Kualiti Dan Penggunaan Logo Pahang DiRaja)

Duli Yang Teramat Mulia Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli untuk berkunjung ke Bengkel Tenun Pahang Penjara Penor. Kehadiran Tuanku turut disertai Pengusaha Tenun Pahang dari Pulau Keladi untuk menilai kualiti tenunan yang dihasilkan. Hasil daripada lawatan tersebut, Tuanku telah perkenan untuk penggunaan "DiRaja" kepada  Bengkel Tenun Pahang  Penjara Penor. Pengarah Penjara Penor bersama Ketua Unit Vokasional & Industri telah bersetuju melakukan penambahan kuantiti 'Kek' dan bilangan penghuni.

No comments:

Post a Comment